ISLAND HOPING






CHARGE
SHARING BASIS
RM50/ADULT
RM40/CHILD
BELOW 3 YEARS - FREE
CHARTED BOAT RM350/BOAT

DURATION: 4 HOURS

MORNING SEASON: 9.30 AM - 1.30 PM
AFTERNOON SEASON : 2.30PM - 6.30 PM



PULAU DAYANG BUNTING

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang menawarkan persekitaran indah yang mempunyai tasik air tawar yang terbesar di Langkawi. Namanya di kaitkan dengan sebuah lagenda yang mengisahkan seorang peteri kayangan yang berkahwin dengan seorang putera dari bumi. Malangnya anak sulung hasil dari perkahwinan mereka meninggal dunia sejurus selepas di lahirkan. Puteri yang terlalu sedih dan kecewa itu telah mengebumikan anaknya di dasar tasik. Namun sebelum ke kayangan, puteri tersebut kononnya telah mementerakan tasik itu agar wanita-wanita berkahwin yang tidak beranak hanya perlu mandi di sana bagi mendapatkan zuriat.

PULAU BERAS BASAH

Pulau Beras Basah merupakan pulau mempunyai pantai yang bersih bebas dari pencemaran. Sesuai untuk pelancong untuk menikmati keindahan pantai, mandi manda,berkelah bersama teman dan keluarga tersayang. Pelancong yang singgah di sini berpeluang untuk bermain permainan pantai, seperti jet sky, banana boat, parasailing dengan harga yang amat berpatutan.

PULAU SINGA BESAR (EAGLE FEEDING)

Pelancong turut di bawa untuk melihat sendiri burung helang dengan lebih dekat berhampiran Pulau Singa Besar.


Student dari Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan Terima kasih yer...

Island hoping 





Selamat Datang


Pulau Langkawi meliputi rangkaian 99 buah pulau tropikal yang teletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kira-kira 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Kepulauan ini dipenuhi pelbagai mitos dan lagenda, di antaranya adalah mengenai raksaksa dan burung gergasi, pendekar dan puteri-puteri kayangan, peperangan dan percintaan. Kini kepualaun ini merupakan sebuah destinasi pelancongan yang unggul.

Kepulauan yang mempunyai sejarah geologi yang mejangkau lebih dari 500 juta tahun ini mengandungi formasi batu batan yang indah dan mengagumkan. Gua-guan yang dipenuhi stalaktit dan stalagmit seolah-olah mengundang jiwa pengembara membongkar rahsia di sebalik kewujudan mereka. Pantai-pantai indah menawarkan sinaran matahari manakala perairan biru yang mengelilingi kepulauan ini amat sesuai untuk di adakan pelbagai sukan air dan aktiviti rekreasi.
Kehidupan laut yang menawan di kepulauan langkawi juga menarik minat mereka yang gemar menyelam. Pulau yang lengkap dengan kepelbagaian semulajadi ini turut didiami penduduk yang terkenal dengan senyuman dan layanan mesra.

peta langkawi

APARTMENT PACKAGE







Caj Cuti sekolah RM180/package




Caj Cuti Sekolah RM180/package